Animasi Naruto gif

Minggu, 17 Februari 2013


lihat episode terbaru boiboiboy di www.animonsta.co.my oc.....................

PROFIL HOKAGE TERDAHULU


PROFIL 4 HOKEGE TERDAHULU


profil hokage 4



Nama sebenar beliau ialah Namikaze Minato. Isteri beliau ialah Uzumaki Kushina. Dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'.Kerana mampu pergi ke mena dengan sekelip mata Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha dan negara Api. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada Jiraiya dan guru kepada Hatake Kakashi, Uchiha Obito dan Rin.

Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning dan kumpulan darah yang sama (B). Ini kerana Minato sebenarnya adalah ayah kepada Naruto bersama isterinya yang berasal dari negara perolakan (Uzumaki Kushina)tetapi personalitinya jauh berbeza daripada Naruto. Beliau seorang yang tenang dan tegas seperti yang di katakan oleh gurunya Jiraiya. Naruto lebih menyerupai sifat ibunya manakala rupanya lebih kepada ayahnya. Uchiha Itachi pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yang Keempat. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.

Yang Keempat telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti 'Hiraishin no Jutsu, 飛雷神の術' (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan 'Rasengan'. Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yang Keempat berhajat untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi dengan Shiki Fuujin

profil hokage 3


Profil :

Nama : Hiruzen Sarutobi
Umur : 69 Tahun
Tanggal lahir : 8 Februari
Desa : Konohagakure (Desa Daun Tersembunyi)
Golongan darah : A
Warna mata : Abu-Abu
Warna rambut : Putih awalnya Cokelat
Tinggi : 163,1 cm
Berat : 50,6 kg
Rekan :homura mitokado dan utatane koharu
keturunan: Asuma Sarutobi, Konohamaru
Tingkat : Hokage
Jutsu : -

hokage Ketiga(三代目火影) atau Sandaime Hokage ialah salah satu watak fiksyen dalam siri anime dan manga Naruto.

Nami kelurga Hokage Ketiga ialah Sarutobi (猿飛). Nama asalnya yaitu hiruzen sarutobi. Nama keluarganya yang dilham daripada Sarutobi Sasuke, bermaksud "melompat seperti monyet", disokong dengan kebolehannya menyeru seekor monyet. Hokage Pertama dan Kedua memanggilnya Saru (猿) yang bermaksud monyet. Masashi Kishimoto pada asalnya berhajat menjadikan Hokage Ketiga seekor anjing tetapi idea itu akhirnya dibuang kerana dianggap "terlalu pelik".

Banyak aspek perwatakannya dipinjam daripada kesusasteraan Cina klasik Pengembaraan ke Barat; monyet yang diserunya mempunyai beberapa ciri ketara dengan watak utama cerita klasik ini iaitu Sun Wukong dan tongkat Sarutobi serupa dengan tongkat milik Sun Wukong.
Latar Belakang

Pasukan Sarutobi

Hokage Ketiga ialah bekas pelajar kepada Yang Pertama dan Yang Kedua dan sepasukan dengan Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Apabila dewasa, beliau menjadi guru kepada Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade. Yang Ketiga ialah ayah kepada Sarutobi Asuma dan datuk kepada Konohamaru.

Selepas menjadi guru Orochimaru, beliau menyedari bakat semulajadi Orochimaru dan selalu menasihati Jiraiya agar mencontohi Orochimaru. Beliau juga menyedari kejahatan yang terpendam dalam jiwa Orochimaru dan berusaha untuk memimpin Orochimaru ke jalan yang benar. Selepas menjawat jawatan Hokage, Yang Ketiga mula mencari pengganti bagi tempatnya. Beliau berhajat untuk menyerahkan gelaran Hokage kepada Orochimaru tetapi kerana Orochimaru hanya memandang kepada kuasa, Yang Ketiga menyerahkan nama Hokage kepada salah satu pelajar Jiraiya.

Selepas bersara, Yang Ketiga menyiasat beberapa kes kehilangan diri yang berlaku di Konoha. Yang Ketiga akhirnya mendapati Orochimaru sebagai dalangnya. Setelah mengetahui bahawa Orochimaru menculik banyak orang untuk memperoleh kehidupan abadi, beliau bersedia untuk membunuh Orochimaru. Walaupun Orochimaru memberi peluang tersebut kepada Yang Ketiga, beliau tidak sampai hati mengambil nyawa anak murid kesayangannya. Orochimaru kemudiannya melarikan diri. Selepas itu, Kyubi menyerang Konoha dan Yang Keempat meninggal dunia selepas mengurung semangat Kyubi dalam badan Uzumaki Naruto. Maka, Yang Ketiga keluar daripada tempoh persaraan dan menjadi Hokage Konoha semula. Yang Ketiga juga digelar 'Profesor' kerana mempunyai bidang pengetahuan yang luas tentang jurus ninja dan khabarnya berjaya menguasai semua jurus dalam Konoha. Yang Ketiga juga dipaparkan sebagai seorang yang miang. Beliau pernah menawarkan diri untuk membantu Jiraiya menguji 'Tōton Jutsu, 透遁術' (Jurus Melenyapkan Diri) di kolam air panas. Dia juga tewas kepada 'Oiroke no Jutsu, おいろけの術' (Jurus Seksi) Naruto dan gemar berbual-bual dengan gadis muda pada masa lapang.

profil hokage 2



Tobirama Senju (千手扉間, "Senju Tobirama") juga digelar sebagai Hokage Kedua (二代目火影, "Nidaime Hokage") atau "Bayang Pawaka Kedua". Dia merupakan adik bongsu kepada Harashima atau "Hokage Pertama", nmerupakan datuk saudara kepada Tsunade dan Nawaki. Seperti abangnya, dia juga merupakan sebahagian daripada anggota klan Senju Ichizoku (千手一族, "Klan Senju"). Selain itu, Tobirama juga pernah menjadi guru dan ketua pasukan kepada Pasukan Tobirama yang telah dibubarkan. Tobirama sangat terkenal dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik Suiton (水遁, "Gaya Lepas Sifat Air") berperingkat tinggi tanpa perlu berada di tempat yang berhampiran dengan sumber air.
[sunting] Latar belakang

Tobirama merupakan adik kepada Harashima dan merupakan salah seorang ahli klan Senju Ichizoku. 80 tahun sebelum bermulanya era masa kini, dunia sedang bergolak dengan perang dan klan ninja tidak lain hanya berfungsi sebagai suatu kuasa askar atau pembunuh upahan. Oleh kerana abangnya, klan Senju seringkali diupah untuk melakukan sesuatu tugas dan ini menyebabkan pihak mush mengupah satu lagi klan iaitu Uchiha Ichizoku (うちは一族, "Klan Uchiha") selaku pesaing mereka. Namun begitu, Harashima akhir berpendapat bahawa peperangan adalah tidak menguntungkan dan telah membuat satu perjanjian damai dengan Klan Uchiha. Walaupun Madara Uchiha menyetujui perkara tersebut, namun atas desakan seluruh ahli klannya membuatkan dia terpaksa akur dalam tidak rela.

Persekutuan di antara Klan Senju dan Klan Uchiha membuat pakatan dengan ketua feudal di Negara Api dan Tobirama bersama abangnya; Harashima dan Madara telah mengasaskan Konohagakure. Mereka telah mencadangkan dan membantu agar setiap negara memiliki kampung ninja mereka sendiri dan ini mengakibatkan banyak klan-klan kecil yang lain bergabung membentuk suatu pakatan. Perkara ini telah mengakibatkan peperangan berkurangan dan akhirnya tamat. Namun, keupayaan kuasa ketenteraan setiap dari mereka masih dikekalkan melalui pembentukan lima negara ninja terbesar selepas tamatnya peperangan dunia ninja pertama. Namun begitu, amsih terdapat sedikit pertelingkahan dalaman di antara Klan Senju dan Klan Uchiha. Selepas pertarungan di antara Harashima dan Madara, penduduk Konoha beranggapan bahawa semua ini berpunca daripada Klan Uchiha yang cuba memberontak. Namun begitu, Harashima tidak memperdulikan semua yang diberitakan kepadanya.

Di ketika inilah juga, Tobirama telah membentuk pasukannya sendiri iaitu Pasukan Tobirama yang terdiri daripada Hiruzen Sarutobi yang bakal menjadi Hokage Ketiga, Homura Mitokado dan Koharu Utatane yang kemudiannya menjadi dua orang penasihat khas di dalam kounsil di Konoha.

Peperangan kadangkala masih berlaku dan memikirkan perkara ini masih berlanjutan, Harashima telah menyerahkan gelaran Hokage kepada Tobirama yang kemudiannya digelar Hokage Kedua (Tobirama kemudiannya menyerahkan gelaran tersebut kepada anak muridnya; Hiruzen Sarutobi untuk menjadi Hokage Ketiga) .

Setelah emnjadi Hokage, Tobirama telah menyerahkan satu jawatan khas kepada Klan Uchiha sebagai tanda kepercayaannya. Tobirama menyerahkan kuasa mentadbir Pasukan Polis Konoha. Bagaimanapun, (menurut Madara) ini adalah bertujuan untuk menutup tujuan sebenar yang mahukan klan Uchiha menjauhi urusan pentadbiran di Konoha dan meletakkan mereka di bawah pengawasan yang ketat melalui unit ANBU.

Seperti abangnya, Tobirama juga seorang yang setia kepada Konoha dan percaya dengan kuat kepada keamanan. Dia kemudiannya telah mengorbankan diri di dalam peperangan dan menyerahkan gelaran Hokage kepada murid kesayangannya iaitu Hiruzen Sarutobi.
Bahagian I
Babak penaklukan Konoha

Tobirama dan abangnya; Harashima telah "dihidupkan" semula oleh Orochimaru menggunakan Kuchiyose: Edo Tensei (口寄せ・穢土転生, "Seruan: Teknik Hidup semula") bagi digunakan ketika cuba menangani Hokage Ketiga sewaktu percubaan untuk menakluk Konoha bersama ninja-ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Sama seperti abangnya, dia turut berasa sedih kerana terpaksa berlawan dengan muridnya namun Orochimaru telah menggunakan satu teknik kuncian untuk menghilang memori mereka secara paksaan. Ketika pertarungan berlangsung, Tobirama menunjukkan kerjasama yang erat dengan abangnya; Hokage Pertama dan telah memaksa Hokage Ketiga untuk menyeru Enma untuk membantunya. Hokage Kedua telah menunjukkan kehebatan teknik Suiton dan taijutsu yang dimiliknya. Kemudiannya, roh dan jiwanya telah dikurung oleh Hokage Ketiga ke dalam perut "Dewa Maut", bersama dengan roh dan jiwa abangnya; Hokage Pertama. Sebelum ke semua roh dan jiwanya disedut masuk ke dalam perut "Dewa Maut", dia telah meminta maaf kepada bekas anak muridnya di atas semua masalah yang telah ditimbulkan.
Babak sampingan animasi

Ketika siri animasi sampingan Negara Teh disiarkan (Tea country filler arc), telah dinyatakan oleh seorang bekas ninja Jonin Konoha iaitu Rokusho Aoi bahawa Tobirama memiliki sebilah pedang tenaga yang boleh dimasukkan dengan sesuka hati ke dalam hulunya dipanggil Pedang Dewa Petir (雷神の剣, "Raijin no Ken") atau "Pedang Raijin".

Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna "Pedang Raijin" adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Naum, ia telah dibuktikan salah apabila pedang tersebut boleh dipatahkan dan dimusnahkan seperti pedang yang biasa seperti yang ditunjukkan dalam bahagian akhir babak sampingan siri animasi tersebut akibat serangan Rasengan dan Chidori yang masing-masing dilakukan oleh Naruto dan Sasuke.
Keupayaan

Hokage Kedua amat dikenali kerana kebolehannya menggunakan teknik Suiton iaitu Teknik Gaya Lepas Sifat Air dan mampu menghasilkan pelbagai jutsu hebat tanpa memerlukan dirinya berada berdekatan dengan sebarang sumber air. Namun begitu, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Hokage Kedua mengumpulkan wap-wap air disekitarnya bagi menjana ke semua teknik yang digunakan. Mesti diambil eprhatian bahawa sekiranya ini merupakan suatu yang benar, maka ia melibatkan suatu kawasan yang besar bagi menyerap wap-wap air tersebut sekiranya ingin menghasilkan air yang banyak. Jika ini berlaku, ia boleh dianggap suautu keupayaan yang hebat sama seperti menghasilkan sumber air daripada ketiadaan.

Kebolehannya dalam menggunakan teknik Suiton di peringkat yang tinggi diperhebatkan lagi dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik tersebut tanpa perlu mengunakan tanda ikatan tangan yang kompleks. Contohnya; Gaya Lepas Sifat Air: Letupan Naga Air secara umumnya memerlukan sebanyak 42 kombinasi tanda ikatan tangan (kombiansi terbanyak pernah dilihat dalam siri Naruto), namun Tobirama hanya memerlukan hanya satu bentuk ikatan tangan sahaja untuk emnghasilkan teknik yang sama.

Ketika pertarungan dengan Hokage Ketiga, Tobirama juga memperlihatkan kehebatannya dalam pertempuran jarak dekat seperti Taijutsu dan Genjutsu (animasi sahaja) dan berpasangan dengan serasi bersama abangnya; Hokage Pertama. Di dalam babak animasi ketika pertarungan bersama Hokage Ketiga, Tobiraam telah menunjukkan keupayaannya untuk memanipulasikan air bagi menghasilkan letupan air dan serangan air yang berbentuk "sesungut" untuk menjatuhkan pihak lawan.
Trivia

* Tobirama adalah adik kepada Hokage Pertama,mengajar Hokage Ketiga dan merupakan datuk saudara kepada TSunade (Hokage Kelima) dan adiknya Nawaki

tobirama senju Juga memiliki murid, yaitu Sarutobi kelak jadi Hokage Ketiga, Homura, dan Koharu, keduanya jadi penasehat Konohagakure. Sarutobi adalah salah satu murid paling favorit Hokage Pertama dan Hokage Kedua. Kematian Hokage Pertama banyak menjadi pertanyaan Sayangnya mereka tidak bisa mengenal muridnya karena mereka bergantung pada Orochimaru yang menguasai. Hokage Ketigalah yang pertama membuat aturan baru khusus bagi Naruto harus diperlakukan baik oleh masyarakat Konoha.

ptofil hokage 1



Hokage Pertama
Harashima selaku Hokage Pertama

Hashirama Senju (千手柱間, "Senju Hashirama"), atau Shodai Hokage (初代火影) atau "Hokage Pertama" adalah pengasas kepada kampung Konoha, abang kepada Tobirama Senju atau Nidaime atau "Hokage Kedua", datuk kepada Tsunade atau Godaime dan Nawaki.

Harashima amat terkenal dengan kebolehannya untuk menggunakan teknik Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"), satu kebolehan Kekkei Genkai yang menggabung dua teknik iaitu Doton (土遁, "Gaya Lepas Sifat Tanah") dan Suiton (水遁, "Gaya Lepas Sifat Air") bagi menghasilkan"kayu".

* Nama: Harashima Senju (千手柱間, "Senju Hashirama")
* Gelaran: Shodai Hokage (初代火影, "Hokage Pertama")
* Asal: Konohagakure
* Ahli Keluarga: Senju Tobirama, Tsunade dan Nawaki
* Kebolehan: Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"), Mengawal Biju
* Teknik: Kokuangyo no Jutsu (Genjutsu: Kegelapan Infiniti), Hokage-shiki Jijun Jutsu - Kakuan Nitten Suishu (火影式耳順術 廓庵入鄽垂手, "Teknik Penekanan Chakra") Mokuton Hijutsu: Jukai Kōtan (木遁秘術・樹界降誕, "Teknik Rahsia Gaya Lepas Sifat Kayu: Penjanaan Semula Hutan")

[sunting] Latar belakang

Harashima sebenarnya adalah ketua kepada Senju Ichizoku (千手一族, "Klan Senju"), yang merupakan sebuah kuasa tentera upahan dan klan ini juga merupakan salah satu di antara dua klan terkuat yang wujud ketika berlakunya Perang Dunia Ninja Pertama; menjadi pesaing utama kepada Uchiha Ichizoku (うちは一族, "Klan Uchiha") yang diketuai oleh Madara Uchiha. Persaingan di antara kedua-dua klan ini sangat hebat sehinggakan apabila sesuatu pihak mengupah klan Senju, maka satu pihak lagi akan mengupah klan Uchiha dan begitulah sebaliknya. Setelah muak terlibat dengan kancah peperangan, klan Senju mengemukakan satu perjanjian damai kepada puak Uchiha. Kedua-dua klan tersebut kemudiannya bersatu menjadi sebuah kuasa ninja terkuat yang tergolong dalam senarai Lima Kuasa Ninja Terbesar dan kesatuan mereka itu digelar Konohagakure.
Logo klan Senju

Tidak berapa lama kemudian, Madara telah meninggalkan Konoha atas alasan perbalahan yang berlaku berkaitan dengan polisi dan perundangan di Konoha. Madara tidak mendapat sokongan daripada klannya sendiri (pada asalnya Madara tidak setuju dengan perjanjian damai tersebut) dan semua ahli klannya menggelar Madara sebagai "raksasa" kerana tindakannya mengambil mata Sharingan milik adiknya sebagai suatu tindakan mementingkan diri. Konflik ini bertambah runcing dan kemudiannya mencetuskan kepada pertarungan di antara Harashima dan Madara yang berlaku di Lembah Penamat, di mana Harashima muncul sebagai pemenang. Untuk memperingati pertarungan tersebut, dua buah tugu gergasi berupa Harashima dan Madara telah dibina berdekatan dengan kawasan air terjun di situ.

Shodaime kemudiannya telah berjaya mengawal beberapa biju yang mana kemudiannya telah diagih-agihkan kepada beberapa perkampungan ninja sebagai tanda perdamaian dan bertujuan untuk mengimbangi kuasa ketenteraan di antara mereka. Ketika Harashima menjadi Hokage, dia telah mengalahkan Kakuzu setelah mendapat arahan daripada Takigakure untuk membunuhnya. Bagaimanapun, peperangan tetap berlangsung, apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa Konoha, Shodaime dan Nidaime pun mula melatih Hiruzen Sarutobi (猿飛ヒルゼン, "Sarutobi Hiruzen") yang bakal menjadi Sandaime (三代目火影, "Hokage Ketiga") kelak. Setelah mengasaskan Konoha, Harashima telah mati ketika terlibat dalam satu pertarungan dan telah menyerahkan jawatan Hokage kepada Tobirama.
[sunting] Personaliti

Harashima mempunyai karekter yang tenang, baik hati, penyayang dan mempunyai rasa kesetiaan yang tinggi. Dia menganggap ke semua penduduk di Konoha sebagai sebahagian daripada dirinya dan legasi dirinya menjadi asas kepada keperibadian semua ninja Konoha. Dia juga digambarkan sebagai seorang yang pintar dan berpandangan jauh, ini digambarkan dengan usahanya untuk melatih Hiruzen. Dia adalah orang pertama yang percaya bahawa semua ninja daun harus menunjukkan kesetiaan kepada satu sama lain dan kage seharusnya bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk menjaga keamanan kampung agar menjadi teladan kepada semua penduduk.
[sunting] Penglibatan
[sunting] Bahagian I: Babak Penaklukan Konoha

Hokage Pertama dan adiknya; Hokage Kedua telah "dihidupkan" semula oleh Orochimaru menggunakan Kuchiyose: Edo Tensei (口寄せ・穢土転生, "Seruan: Teknik Hidup semula") bagi digunakan ketika cuba menangani Hokage Ketiga sewaktu percubaan untuk menakluk Konoha bersama ninja-ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Harashima berasa sedih kerana terpaksa berlawan dengan muridnya namun Orochimaru telah menggunakan satu teknik kuncian untuk menghilang memorinya secara paksa. Ketika pertarungan berlangsung, Harashima menunjukkan kerjasama yang erat dengan adiknya; Hokage Kedua dan telah memaksa Hokage Ketiga untuk menyeru Enma untuk membantunya. Hokage Pertama telah menunjukkan kehebatan teknik Mokuton dan taijutsu yang dimiliknya. Kemudiannya, roh dan jiwanya telah dikurung oleh Hokage Ketiga ke dalam perut "Dewa Maut", bersama dengan roh dan jiwa adiknya; Hokage Kedua. Sebelum kesemua roh dan jiwanya disedut masuk ke dalam perut "Dewa Maut", dia telah meminta maaf kepada bekas anak muridnya di atas semua masalah yang telah ditimbulkan.
[sunting] Bahagian II: Babak Sasuke dan Sai

Telah didedahkan bahawa Orochimaru telah melakukan satu eksperimen yang melibatkan DNA Hokage Pertama; di mana dia telah mengimplan DNA tersebut ke dalam badan 60 orang subjek ujian. Orochimaru cuba menguasai teknik istimewa Hokage Pertama iaitu Mokuton dan juga kebolehannya untuk mengawal biju. Proses ini kemudiannya menghasilkan Tenzo (kemudiannya diberikan nama samaran Yamato). Akan tetapi, Orochimaru telah kehilangan rekod ujian tersebut dan tidak mengetahui bahawa seorang daripada subjek-subjek ujian tersebut telah terselamat.
[sunting] Keupayaan

Hashirama telah dinobatkan oleh Madara dan beberapa ninja Jounin dari Konoha sebagai seorang ninja terhebat ketika zamannya (walaupun bukan yang terhebat di dalam sejarah). Setiap ninja Konoha dan termasuklah Madara dan klannya sangat menghormati Hokage Pertama (ini adalah kerana hanya Madara dan klannya mampu menandingi kehebatan Hokage Pertama).

Kehebatannya terbukti apabila dia berjaya menewaskan Madara dan juga Kyubi (yang berada di bawah pengaruh Madara ketika itu) dalam beberapa siri pertarungan. Ini dianggap sangat menakjubkan kerana Madara merupakan pengguna Eternal Mangekyou Sharingan, sejenis bentuk sempurna Mangekyou Shraingan. Hanya dengan dapat menewaskan Kyubi sahaja sudah cukup memadai digelar seorang ninja "hebat" kerana Hokage Keempat telah terkorban ketika cuba menewaskan Kyubi. Bagaimanapun, sebenarnya kebolehan Hokage Pertama menggunakan mokuton membolehkannya mengawal Kyubi sebagaimana Madara namun bukan dari segi mengalahkannya. Hokage Pertama juga pernah menewaskan Kakuzu suatu ketika dahulu. Ketika mayatnya diseru oleh Orochimaru untuk digunakan bagi melawan Hokage Ketiga, dia telah menunjukkan skil di dalam ke semua aspek tempur bagi ninja. Sebagai contoh, dia mampu menggunakan taijutsu sekuat Hokage Ketiga (Hokage Ketiga adalah pakar taijutsu) dan dia juga mampu menggunakan genjutsu yang kuat sehinggakan tidak mampu dielakkan oleh Hokage Ketiga (Hokage Ketiga juga adalah pakar genjutsu). Imbasan kembali ketika pertarungannya dengan Madara menunjukkan dia juga mampu menggunakan teknik seruan dan pengguna senjata yang hebat; mampu menyeru pelbagai senjata menggunakan skrol.

Hokage Pertama terkenal kerana kebolehan menggabungkan teknik doton (tanah) dan teknik suiton (air) bagi menghasilkan perubahan baru yang dinamakan mokuton bagi menghasilkan "kayu". Hokage Pertama menukarkan chakranya kepada "sumber nyawa" dan membolehkannya mencipta pokok yang mampu tumbuh dengan kadar saiz yang besar, memanipulasikannya kepada pelbagai bentuk dan menggunakannya ketika bertempur. Ada yang mengatakan bahawa kebolehannya tersebut telah digunakan untuk mencipta landskap dan asas kepada pembentukan kampung Konoha. Kebolehan tersebut nyata suatu yang unik kepada dirinya kerana adiknya; Hokage Kedua dan cucunya; Tsunade tidak memiliki kebolehan yang sama walaupun mempunyai kebolehan memanipulasikan chakra pada peringkat yang tinggi.

Hanya Yamato, satu-satunya bahan "eksperimen" yang terselamat memiliki kebolehan unik ini setelah disatukan dengan gen Hokage Pertama dalam satu ujikaji yang dilakukan oleh Orochimaru. Yamato menyatakan bahawa penggunaan teknik tersebut hanya pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan kebolehan asal Hokage Pertama. Bagaimanapun, Yamato dilihat mampu menggunakan teknik asas air dan tanah dengan baik sekali. Keupayaan Hokage Pertama yang sangat dikagumi oleh Orochimaru adalah keupayaannya mengawal kuasa nyawa dan kuasa semulajadi di persekitarannya. Melalui kebolehan ini, ia membolehkan Hokage Pertama mempengaruhi makhluk yang dicipta daripada kuasa semulajadi seperti biju dengan mengawal dan menekan kuasa chakra biju-biju tersebut. Menurut Madara, suautu ketika dahulu Hokage Pertama memiliki beberapa biju di bawah kawalannya yang mana kemudiannya diserahkan kepada beberapa kampung ninja besar untuk mengimbangi kuasa di antara mereka. Kebolehan dan kuasa mengawal biju ini ditingkatkan lagi dengan bantuan oleh sebentuk rantai yang diperbuat daripada kristal yang mengandungi chakra, namun bagaimana ia berfungsi tidak diketahui.

Hokage Pertama juga diketahui mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan skrol dan diketahui menggunakan banyak jutsu-jutsu yang mana ia mungkin telah dikongsikan kepada Hokage Ketiga.
[sunting] Trivia

* Rantai yang asalnya dipakai oleh Tsunade kemudian diberikan kepada Naruto, sebenarnya milik asal Hokage Pertama.
* Walaupun diketahui Hokage Pertama memiliki kebolehan dalam penggunaan teknik mokuton, tetapi dia lebih banyak dan suka menggunakan teknik taijutsu ketika bertarung dengan Hokage Ketiga.
* Dikatakan bahawa kebolehan Hokage Pertama untuk mengawal biju adalah diinspirasikan oleh kebolehan Madara untuk mengawal Kyubi di mana ia dianggap sebagai penyekat kepada kebolehan Madara tersebut